Sunday, May 19, 2019

PEGAWAI ZAKAT TIDUR ATAU KITA TIDAK 'LIKE' FACEBOOK PUSAT ZAKAT?


Baru-baru ini tular sebuah poster yang di screen shoot mengatakan bahawa Pegawai Agama sibuk sangat mahu menangkap orang pada Bulan Ramadhan tetapi tidak pula sibuk untuk mencari orang yang susah di Bulan Ramadhan.

Nampak sekali imbas memang ada betulnya tetapi jika di teliti secara mendalam, wujud elemen tidak masuk akal dalam poster tersebut.

Kenapa kita katakan begitu? Kerana mereka tidak mengikuti page Facebook Zakat setiap Negeri, kisah artis laju sahaja korang ikut tapi pasal agihan zakat kamu semua buat bodoh sahaja sebab perangai yang memang suka mahu mengaibkan Pusat Zakat.

Bila ditanya kenapa marah sangat dengan Pusat Zakat, dikatanya Baitul Mal tak bantu beli baju raya, mari sini mahu bagitau, baju raya itu bukan keperluan hidup, ada ramai lagi yang memerlukan duit tersebut untuk makan dan minum mereka, buka kita Fekah dan teliti 8 asnaf yang akan dapat agihan zakat tersebut.

Jika kita teliti laporan kewangan , hampir setiap inci duit Zakat telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Ada juga yang masih tidak puas hati, katanya jika sudah diagihkan kenapa masih ramai yang miskin?
Jawapannya mudah, zakat cuma 2.5% bukan 50% pendapatan yang berzakat, malah mampu menyinari hidup mereka yang susah. Masih ada yang miskin itu tandanya Allah mahu bagi kita semua peluang untuk bersedekah, kalau semua sudah kaya bagaimana kita mahu tambah saham akhirat betul atau tidak?

Oleh itu di Bulan Ramadhan yang mulia ini, tahan diri kita memfitnah Pusat Zakat kerana atas usaha sedikit mereka inilah ramai yang mendapat sinar kehidupan, ada yang sakit, tidak bekerja dan berbagai-bagai lagi kesulitan hidup telah diberi cahaya hasil kerja keras pegawai zakat ini.

Syabas pegawai zakat, kami akan bantu kamu semua sedaya upaya !

No comments:

Post a Comment